Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim atau nama ringkasnya SKTAH, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.
Bangunan asal sekolah ini sebuah istana lama yang dibina pada awal tahun 50-an terletak di Kampung Baru, Alor Star di belakang Istana Kuning. Nama sekolah ini mengambil sempena nama baginda Sultan Kedah. Berpindah ke Kompleks Pendidikan pada tahun 1985 dan ditukar nama (menggugurkan perkataan ‘Rendah’) selaras arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sekarang sekolah ini terletak dalam Kompleks Pendidikan Jalan stadium di mana terdapat lima buah sekolah yang lain iaitu Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary, Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Barathy dan Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim sendiri. Kompleks ini juga turut menempatkan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home