Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim menjadi antara sekolah cemerlang dalam daerah Kota Setar menjelang 2015
Saturday, August 7, 2010
TAHNIAH!
Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SKTAH yang membelasah pasukan Kenari Kid 6-0 dalam perlawanan persahabatan bola sepak yang diadakan pada 7 Ogos 2010 di Padang Istana, Anak Bukit.
Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim atau nama ringkasnya SKTAH, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.
Bangunan asal sekolah ini sebuah istana lama yang dibina pada awal tahun 50-an terletak di Kampung Baru, Alor Star di belakang Istana Kuning. Nama sekolah ini mengambil sempena nama baginda Sultan Kedah. Berpindah ke Kompleks Pendidikan pada tahun 1985 dan ditukar nama (menggugurkan perkataan ‘Rendah’) selaras arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sekarang sekolah ini terletak dalam Kompleks Pendidikan Jalan stadium di mana terdapat lima buah sekolah yang lain iaitu Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary, Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Barathy dan Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim sendiri. Kompleks ini juga turut menempatkan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
1 Comments:
tahniah diucapkn kepada SKTAH atas kejayaan trsebut...huhu
x sgka sk0Lah aku hebat setara niy...
KEEP IT OUT GUYS...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home